Tuesday, November 15, 2011

Pelaburan Internet Vs. Perniagaan Internet

Tahukah anda bahawa  pelaburan internet adalah HARAM di sisi islam. Bagaimana dgn perniagaan internet?


Perniagaan internet bermakna anda mempunyai produk atau perkhidmatan untuk dijual dan pelanggan untuk membeli. Bezanya hanya proses transaksi dan penual pembeli tidak perlu 'face to face'. Perniagaan di internet adalah sama seperti perniagaan konvensional. Bak kata Ustaz Zaharuddin, "Rukunnya sama.. ada penjual, ada pembeli dan ada produk. Di dalam Perniagaan Internet.... tiada istilah labur duit, goyang kaki dan kemudiannya jadi kaya."



Untuk membina sebuah perniagaan internet yang berjaya bukanlah sesuatu yang terlalu mudah. Ia memerlukan usaha yang gigih dan juga ilmu pengetahuan yang tinggi, terutamanya ilmu-ilmu yang berkaitan dengan dunia perniagaan. Untuk membina sebuah perniagaan internet yang berjaya, anda perlu mempunyai ilmu mengenai "Niche Market Research", 

"Product Development", "Web Development", "Internet Marketing", "Search Engine Optimization(SEO)", "Sales Letter Writing ", "Web Credibility", "Traffic Generation" dan bermacam-macam lagi ilmu yang perlu dipelajari dan diketahui..... Membangunkan perniagaan internet, bukanlah semudah membangunkan website dan meletakkannya di internet sahaja.. ia lebih dari itu. Jadi, sememangnya tiada istilah "Duduk Diam Dapat Duit" di dalam dunia perniagaan internet.



Di dalam perniagaan konvensional, ada sesetengah pemilik perniagaan yang melantik jurujual-jurujual serta agen-agen untuk membantu mereka mempromosikan serta menjual produk mereka kepada orang ramai. Agen-agen yang berjaya membuat jualan pula, akan diberikan sedikit komisyen hasil daripada harga jualan produk tersebut.


Di internet, jurujual-jurujual serta agen-agen ini, dipanggil "affiliate". Setelah mendaftar sebagai agen di dalam sesebuah program affiliate, anda akan dibekalkan dengan satu URL yang mempunyai ID anda. Tugas anda, hanyalah mempromosikan URL tersebut. Apabila ada orang yang meng"klik" pada URL anda dan kemudiannya, membeli produk yang dijual di website tersebut, anda akan diberikan komisyen. 


Itulah penerangan ringkas mengenai program affiliate, anda mendaftar sebagai agen di sesebuah website yang menjalankan "perniagaan internet", dan kemudiannya, mempromosikan URL affiliate ID anda. Jika ada pembeli, anda akan diberikan komisyen.


Satu ciri utama yang perlu anda tahu tentang program affiliate ialah, program affiliate yang sah tidak mempunyai banyak tingkat (tier). Maksimun tingkat (tier) yang dibenarkan untuk program affiliate hanyalah 2 tingkat (2nd tier) sahaja.

Ini kerana, program affiliate lebih mengutamakan kepada jualan produk dan komisyen yang diberikan juga adalah berdasarkan hasil bilangan jualan produk, dan bukannya dari bilangan "downline" yang diperolehi. Jadi, jika ada website yang mendakwa mereka menjalankan program affiliate dan peringkat (tier) affiliate mereka lebih dari 2, iaitu kadangkala sehingga mencecah 5-8 peringkat. Usah sertai! Itu adalah skim piramid yang cuba memperbodohkan anda dengan istilah "Affiliate Program" ! - Forum KJ

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service