Monday, October 10, 2011

Kenali Affiliate : Antara Pilihan yang Terbaik Sumber kewangan Di Internet

Salam Sejahtera, salam ceria buat semua followers yg dikasihi dan para pengunjung yg budiman,

Erm, hari ni saya nak kongsi sedikit info mengenai Affiliate ni. Saya akui semakin hari semakin ramai rakyat Malaysia mula mengenali dan menyertai program seperti ini di internet sebagai sumber pendapatan tambahan mereka di internet. Namun, tak kurang juga yang masih blur atau kurang berminat atau terus jump to judgment bila seeorang mempelawa program seperti ini.. ok, xpe.. mari kita baca artikel di bawah yg saya ambil dari forum ehoza.com yang dilampirkan oleh salah seorang tokoh affiliate kita, tuan Razif.


Apakah yang dikatakan PROGRAM AFFILIATE ?

Menurut kamus, perkataan Affiliate membawa maksud ; bergabung, bersekutu. Oleh itu, di dalam konteks perniagaan internet ini, program affiliate bolehlah disimpulkan sebagai; satu penggabungan usaha dan perkongsian keuntungan di antara dua pihak; iaitu pihak penjual (pemilik produk) dengan agen penjual (peserta affiliate) . Ada juga pihak yang mempermudahkan lagi definisi Affiliate itu sebagai rakan pemasaran.

Program Affiliate yang biasa dilihat adalah terbahagi kepada dua jenis; yang percuma, dan yang berbayar.

Program affiliate percuma ini tidak mengenakan apa-apa syarat, melainkan mendaftarkan diri sebagai peserta sahaja. Mana kala yang berbayar pula, biasanya pihak penjual mensyaratkan kita membeli terlebih dahulu produknya sebelum menjadi agen affiliatenya. Ada juga syarikat yang melakukan kedua-duanya sekali ! Apa yang dimaksudkan ialah; walau pun pembelian bukanlah satu kemestian, namun peserta yang terlebih dahulu membeli
produk, akan mendapat peratus komisen yang lebih besar berbanding dengan ahli yang mendaftar secara percuma!

Komisen jualan adalah ditentukan oleh pihak syarikat/penjual. Kebiasaannya untuk produk fizikal (barangan yang mempunyai bentuk, saiz & berat!) komisennya agak kecil. Ini adalah kerana pihak syarikat terpaksa menanggung kos pembuatan/pembelian dan juga kos penghantaran. Sementara untuk produk yang bukan fizikal (yang boleh dihantar secara muatturun sahaja), kadar komisennya agak tinggi dan lumayan.
Ini kerana produk seumpama ini tidak memerlukan modal kewangan yang besar.

Sejarah Affiliate Marketing
Program affiliate telah dicipta oleh CDNow.com pada tahun 1994 dan kemudian dipelopori oleh Amazon.com pada tahun 1996.Pada mulanya ia dianggap sebagai program bersama atau program partner.


 salah satu program affiliate yg saya sedang sertai..bermula dengannya, saya banyak belajar ilmu pemasaran internet, bagaimana memanfaatkan internet di rumah dan kini saya mampu untuk jelaskan hutang ptptn saya sikit demi sedikit..alhamdulillah..


Apakah Affiliate Marketing?
Affiliate Marketing adalah cara yang popular bagi mempromosi bisnes secara online atau di internet.Affiliate akan mendapat pulangan daripada jualan yang dibuatnya.Affiliate Marketing merupakan industi yang sangat cepat berkembang di internet.

Kenapa Banyak Syarikat Menggunakan Affiliate Marketing?
Affiliate disukai kerana kosnya yang rendah dan merupakan salah satu cara menjana pendapatan melalui internet.Ada sesetengah syarikat mempunyai sektor yang bergantung sepenuhnya kepada affiliate marketing.

Berapakah Hasil Yang Kita Boleh Dapat Melalui Affiliate?

Sebenarnya tiada had pendapatan yang kita boleh perolehi daripada internet.Ada affiliate yang boleh mendatangkan 5 hingga 6 angka setiap tahun dan banyak super affiliate yang mempunyai trafik yang tetap dan mempunyai komisyen yang tinggi.

FAKTA: Affiliate merupakan antara pilihan yang terbaik dalam menjana pendapatan di Internet.


Credit to: Tuan Razif (Pakar affiliate, usahawan internet)



 Dapatkan rempah Mee Bandung Muar .. Halal dan Suci tambah yummyy..!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service